Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca..
Kali ni saya nak update sikit pasal antioksida & radikal bebas .. Mungkin ada yang tahu dan mungkin jugak yang tau sikit-sikit je atau tak tau langsung..
Menurut Dr. Lester Packer , PhD. , "Hampir SEMUA penyakit disebabkan oleh Radikal Bebas.". Saintis kini percaya bahawa radikal bebas adalah faktor penyebab bagi semua penyakit yang diketahui. Oleh itu , badan kita memerlukan antioksida bagi melawan radikal bebas ini.. Radikal bebas?? Apa itu radikal bebas ? Mungkin ada orang tanya pula.. tadi antioksida. sekarang radikal bebas pulak ? Dua-dua pun saya tak tahu. Jom kita baca seterusnya ...
Untuk pengetahuan semua , radikal bebas ialah suatu molekul yang tidak stabil yang boleh merosakkan struktur sel dan tisu badan. manakala , antioksida pula dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan dan banyak buah-buahan yang mengandungi antioksida boleh didapati di sekeliling kita. Antioksida akan menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan oleh radikal bebas yang mungkin terhasil disebabkan oleh substans-substans kimia , asap , radiasi solar.
Sekian untuk entri kali ni.. nanti saya update lagi.. Buat yang beragama Islam , saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Wassalam..
No comments:
Post a Comment